How our past, effect our present days
Cuti pertengahan semester selama seminggu sedang dilalui dengan penuh berhati-hati. Sungguh rapi agar tidak ada satu waktu pun terbuang begitu sahaja kerna mid sem exam sudah mula mengintai dan menunjukkan kehadirannya. Sedang asyik membelek-belek buku, meneliti past years questions, mata tertancap pada majalah sekolah. Terlihat pula buku yang digunakan di sekolah khas untuk ceramah, tazkirah dan usrah. Segala memori yang tersimpan kemas dan rapi mula terbayang. Bagaikan mimpi segalanya sudah berlalu. Bagaikan semalam kita bersama-sama membasuh kolah yang sebegitu 'jernih' Dan bagaikan semalam kita bersama-sama menerima keputusan SPM Bibirku mula mengukir senyuman Nah, itu baru memori gembira Singkap satu lagi memori, memori yang dulu cukup terseksa untuk diingati, namun kerana memori ini, aku mengukirkan senyuman yang lebih lebar dr tadi dan juga tertawa kecil. Sungguh, memori yang kononnya pahit itu terlalu sesuai dibuatkan lawak jenaka. Paling ku x lupa, z...